Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Kesas Sdn. Bhd. (Kesas) akan membuka laluan kontra sementara dari kilometer (KM) 37.90 hingga KM38.6 arah timur di Lebuh Raya Shah Alam (LSA) pada 20 hingga 22 November ini.

Kesas dalam satu kenyataan media memberitahu, laluan kontra sementara itu akan dibuka pada 20 November ini dari pukul 12 tengah malam hingga hingga pukul 5 pagi keesokannya.

“Laluan kontra yang sama turut dibuka dari pukul 12 tengah malam pada 21 November hingga 5 pagi pada 22 November 2013,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, laluan kontra tersebut bagi menyediakan ruang untuk kerja-kerja menaik taraf papan tanda di KM38.30 arah timur LSA.

Justeru, pengguna lebuhraya tersebut dinasihati supaya berhati-hati ketika memandu dan mematuhi arahan papan tana yang disediakan di kawasan kerja bagi mengelak kejadian tidak diingin.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut diminta menghubungi talian kecemasan Kesas di talian 03-5633 7188 atau melayari laman web www.kesas.com.my.

0 comments:

Post a Comment