Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 20, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebenarnya telah menjalankan siasatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sejak enam bulan lalu.

Malah, SPRM dalam satu kenyataan media memberitahu, siasatan mengenai gejala rasuah bagi ‘melepaskan’ warga asing yang menggunakan dokumen palsu memasuki negara ini telah pun selesai dan sedang dikemas kini.

“Untuk makluman SPRM telah menjalankan pemerhatian dan pemantauan di KLIA dan LCCT sejak enam bulan lalu. Siasatan ini dibuat berdasarkan maklumat yang disalurkan sediri oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad.

“Maklumat tersebut disalurkan berikutan beliau banyak menerima aduan mengenai kemasukan pekerja asing tanpa melalui prosedur yang sepatutnya daripada orang awam. Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen telah memohon bantuan dan kerjasama SPRM bagi menyiasat perkara ini,” jelas kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, siasatan berkenaan telah selesai dan sedang dikemas kini manakala Ketua Pengarah Imigresen telah dimaklumkan status siasatan tersebut pada hari ini.

Sehubungan itu, SPRM mengucapkan terima kasih dan menghargai kerjasama yang diberikan oleh Ketua Pengarah Imgiresen terhadap isu serius tersebut.

“SPRM memandang serius kes kemasukan pekerja asing yang tidak mengikut prosedur dan saluran yang betul kerana ia memberi kesan yang besar kepada isu keselamatan negara,” tegas kenyataan itu hari ini.

Media mendedahkan dakwaan berlaku rasuah dalam kalangan pegawai imigresen di KLIA dan LCCT) bagi ‘melepaskan’ warga asing yang menggunakan dokumen palsu menyebabkan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) berang dengan dakwaan itu.

KPISM mempersoalkan mengapa hanya imigresen dipersalahkan kerana tanggungjawab di pintu masuk turut membabitkan pihak berkuasa lain termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Tenaga Kerja dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA).

0 comments:

Post a Comment