Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 20, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Badan bukan kerajaan (NGO) mesra pembangkang, Jingga13 membantah tindakan Astro menaikkan kadar perkhidmatan langganan bulanan pakej keluarga dan sukan masing-masing sebanyak RM2 dan RM6 bermula 24 November ini.

Setiausaha Jingga13, Dk.Vicknesvaran mendakwa, tindakan itu menunjukkan Astro sedang mengambil kesempatan untuk melipat gandakan keuntungan syarikat tanpa mempertimbangkan bebanan yang terpaksa ditanggung pelanggannya.

“Astro baru-baru ini mengumumkan perolehan RM2.3 bilion untuk enam bulan pertama dalam tahun kewangan berakhir 31 Januari 2014 dengan peningkatan sebanyak 13 peratus perolehan. Ini bermakna Astro telah meraih keuntungan yang sangat luar biasa.

“Justeru, tiada alasan untuk pihak Astro meningkatkan kadar bayaran perkhidmatannya sekali gus membebankan rpengguna yang sudah sedia terbeban dengan peningkatan kos hidup,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Vicknesvaran itu mendesak agar Astro membatalkan kenaikan kadar perkhidmatan yang berkuatkuasa 24 November 2013 tersebut demi kepentingan orang ramai terutama pengguna Astro.

Beliau menyeru rakyat Malaysia yang menjadi pelanggan Astro supaya memboikot kenaikan pembayaran tersebut dan Jingga13 akan turut melancarkan gerakan boikot bagi memastikan Astro menghentikan kenaikan kadar perkhidmatan tersebut.

Vicknesvaran dalam pada itu memohon campur tangan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya membatalkan kenaikan kadar perkhidmatan Astro tersebut.

Dakwanya, Seksyen 199 Akta Komunikasi dan Multimedia memberi kuasa penuh kepada Menteri untuk mengawal dan menentukan harga pakej langganan yang ditawarkan Astro.

0 comments:

Post a Comment