Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 20, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Klang (MPK) menubuhkan Pasukan Tindakan Segera (Pantas) yang akan bertindak sebagai skuad bantuan awal sekiranya berlaku sebarang insiden kecemasan dan bencana.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPK, Andry Arman Masrom berkata, antara skop tugas Pantas adalah banjir kilat, tanah runtuh, runtuhan,ribut, tiang dan pokok tumbang, kerosakan harta awam, tumpahan minyak dan kebakaran .

“MPK akan memperkemaskan lagi pasukan ini dan pada masa yang sama berkongsi kepakaran dengan agensi berkaitan yang mempunyai kemahiran tertentu dalam menangani bencana,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Andry Arman berkata, beberapa siri latihan bakal diadakan bagi memastikan Pantas sentiasa bersedia jika berlaku sebarangan kecemasan.

Beliau menjelaskan, pasukan itu pada waktu ini sedang memberi perhatian terhadap ancaman banjir dan meminta masyarakat di Klang sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Menurutnya,aduan berkaitan bencana boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Pejabat Penguatkuasa di talian 3374 8845 atau 3371 2149. 

0 comments:

Post a Comment