Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 24, 2013

No Comment

MENERUSI forum Cari, dilaporkan bekas suami pelakon Wan Nor Azlin, Mohd Yazli Yaacob telah kembali ke rahmatullah pada semalam (22 November 2013) akibat serangan jantung semasa mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Berita tersebut disahkan oleh rakan arwah, Hafizd Azmi menerusi laman sosial Facebook.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada jam 10 pagi tadi di kampung halaman ibunya di Kampung Rizab Melayu, Tambun Ipoh.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Wan Nor Azlin mempunya tiga cahaya mata iaitu Danial Luqman, 12, Danny Iskandar, 11, dan Dania Camelia, 8.

Sebelum ini Wan Nor Azlin mengakui yang dirinya bosan tanpa suami di sisi setelah tujuh tahun berpisah dengan Allahyarham.


Oleh: HARITS ASYRAF

0 comments:

Post a Comment