Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 14, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan mendakwa kadar cukai taksiran pintu 2014 yang dikenakan ke atas pemilik rumah dan premis di ibu negara dinaikkan sekali ganda berbanding sebelum ini.

Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin mendakwa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan kenaikan cukai taksiran itu melalui Notis Menyemak Semula Senarai Nilaian yang diedarkan awal minggu ini kepada semua pemilik rumah dan premis di Kuala Lumpur.

“Notis bertarikh 18 November 2013 (Postdated Notice) sebagai tarikh surat dikeluarkan menunjukkan cadangan DBKL yang mahu menaikkan kadar cukai taksiran lebih 100 peratus mulai 1 Januari 2014.

“DPP Wilayah Persekutuan menerima banyak aduan antaranya pemilik rumah teres yang pada masa ini dikenakan cukai taksiran sebanyak RM5,400 bakal menerima kenaikan cukai sebanyak RM13,800 tahun depan.

“Manakala bagi pemilik rumah flat yang pada masa ini dikenakan cukai RM2,280 bakal menerima kadar cukai baharu sebanyak RM4,800 pada tahun depan,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Khairil Nizam mendakwa, DBKL hanya memberi tempoh sehingga 17 Disember 2014 bagi pemilik rumah dan premis membuat bantahan bertulis dan cadangan itu dianggap sebagai mengejutkan dan dibuat dengan terburu-buru.

Dakwa beliau, kadar kenaikkan itu terlalu tinggi dan DPP Wilayah Persekutuan mendesak DBKL memberi penjelasan tentang cara kenaikan kadar cukai taksiran itu oleh pihak berkuasa tersebut.

“Apakah indikator yang digunakan DBKL bagi menentukan kadar cukai taksiran pada masa ini dan apakah sebab kenaikan kadar ini perlu dilakukan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, DPP Wilayah Persekutuan mendesak DBKL menarik semula cadangan itu memandangkan warga ibu kota telah menerima banyak tekanan kewangan pada masa sekarang.

“Jika kenaikkan ini diteruskan, ia akan menyebabkan nilai hartanah di Kuala Lumpur menjadi lebih mahal dan kadar sewa rumah juga meningkat. Ini sekali gus menyebabkan lebih ramai rakyat berpendapat rendah menjadi mangsa,” dakwanya lagi. 

0 comments:

Post a Comment