Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 14, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana kenyataannya yang menghina Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Dewan Rakyat.

Beliau mendakwa Pandikar Amin memberi fakta tidak benar dan bersifat bias sebelum ini.

Berikutan usul yang diterima hari ini, Surendran hilang semua keistimewaan termasuk bayaran elaun ditarik balik selama tempoh penggantungan berkenaan yang berkuat kuasa serta-merta.

Usul bagi menggantung kehadiran Naib Presiden PKR yang juga seorang peguam itu dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3) selepas dibenarkan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee, sebentar tadi.

0 comments:

Post a Comment