Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 14, 2013

No Comment

KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas kereta peronda polis yang dilarikannya melanggar tiang perhentian bas di Km107 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan awal pagi tadi.

Dalam kejadian 4.30 pagi tadi itu, suspek Muhd Nasrulfahmi Abdul Nasir, 22, yang mengalami kecederaan di kepala disahkan mati ketika dirawat di Hospital Temerloh jam 7.58 pagi.

Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abd Ghani, suspek yang berasal dari Jengka itu dilaporkan telah menyerang anggota polis di Tol Chenor dengan menggunakan sebatang besi.

“Suspek dipercayai telah menyerang dan memukul anggota polis terbabit di tol berkenaan sebelum merampas pistol anggota polis itu dan melepaskan empat das tembakan.

“Tembakan itu bagaimanapun tidak mengenai anggota polis terbabit.

“(Selepas bertindak melarikan kereta polis itu), suspek telah melanggar tiang perhentian bas di Km107 Jalan Kualan Lumpur-Kuantan dan cedera di kepala. Suspek meninggal di Hospital Temerloh pada jam 7.58 pagi,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas kepada Bernama di sini hari ini.

Motif serangan dan punca kejadian masih belum diketahui.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment