Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

Enam lagu telah berada selangkah ke Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) selepas lagu mereka berjaya menambat hati juri ketika berlangsungnya minggu pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik, Jumaat lalu.

Enam lagu tersebut adalah Jangan Pergi nyanyian band Loka, In Love With You (Noh Salleh dan Aizat Amdan), Penglipurlara (Hazama & The Penglipurpara), Takkan Terpisah (Black), Agenda Jahiliah (Bunkface) dan Permata (Alyah dan Ben Idola Kecil).

Namun, lagu-lagu ini masih lagi belum mengesahkan tiket ke peringkat akhir AJL 28 kerana keputusan penuh 12 lagu yang layak hanya akan diketahui selepas 20 lagu lagi bertanding pada peringkat separuh akhir pada 15 dan 22 November ini.

Sementara itu, menerusi portal Gua, vokalis Loka, Daniel, tidak meletakan harapan yang tinggi untuk terpilih ke AJL 28 memandangkan kesemua lagu yang dipertandingkan mempunyai kelebihan tersendiri.
Manakala, Noh pula tidak sangka lagu nyanyiannya bersama Aizat berjaya mara bersama lima lagu lain yang dipilih.

“Saya dan Aizat buat lagu ini hanya untuk suka-suka. Tak sangka pula lagu ini akan diterima baik oleh peminat,” katanya.

Kesemua lagu ini telah dinilai oleh juri-juri professional seperti Aubrey Suwito, Ajai, Ad Samad, Azmeer, Adnan Abu Hassan dan Ramli MS selaku ketua juri.

Empat lagu yang turut dipertandingkan pada Jumaat lalu ialah Cinta Kasih (Nubhan dan Mila), Tak Cuba Kembali (Asfan), Menunggu (Akim Ahmad), Tetap Menantimu (Nomad) dan Setia Hujung Nyawa (Fiq dan Mel Sakura).

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment