Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

TIGA  orang angkasawan selamat kembali ke bumi hari ini selepas menghabiskan 66 hari di Stesen Angkasa Lepas Antrabangsa (ISS).

Mereka turut membawa bersama obor Sukan Olimpik Musim Sejuk Russia 2014 selepas upacara bersejarah membawa obor itu untuk satu sesi spacewalk di luar ISS berjaya dilaksanakan.

Kosmonaut dari Russia Fyodor Yurchikin, Angkasawan Amerika Syarikat Karen Nyberg dan Angkasawan Itali Luca Parmitano selamat kembali ke bumi di dalam kapsul Soyuz pada pukul 10.30 pagi tadi mendarat di Kazakhstan.

Sekembalinya mereka ke bumi, ia mencatatkan sejarah sebagai satu upacara membawa obor yang paling istimewa menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk yang bakal dilangsungkan di bandar Sochi, Russia Februari tahun depan.

Obor itu yang tidak dinyalakan sepanjang berada di angkasa lepas, dibalut rapi ketika kapsul Soyuz buatan Russia itu memasuki semula ke atmosfera bumi.

Seorang petugas dari Agensi Angkasa Lepas Russia (Roscosmos) mengeluarkannya semula daripada bungkusan sebaik kapsul itu tiba.

“Inilah obornya,” katanya sambil menunjukkan obor berkenaan kepada kamera sebelum menyerahkannya semula kepada kapten kapsul Soyuz Yurchikin yang sedang duduk berehat berdekatan kapsul mereka.

Selepas itu, Parmitano dan Nyberg keluar dari kapsul berkenaan dan ketiga-tiga mereka duduk dikeliling petugas perubatan sambil mengibarkan bendera Russia dan bendera Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi.

SiakapKeli.com, menyertakan video modul kemasukan semula Soyuz ke bumi bagi ekspidisi ke-37 balik ke bumi dan sebuah lagi video saat pertama obor tiba di ISS ketika krew ekspidisi 37 tiba di stesen angkasa lepas itu.

Gambar di atas ialah gambar ketika obor itu pertama kali tiba di ISS.


Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS 

0 comments:

Post a Comment