Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

Memang tidak dinafikan penampilannya sangat ‘daring’ dan menggiurkan, malah pelakon ini turut menerima gelaran sebagai Pamela Anderson Malaysia gara-gara keseksiannya itu.

Namun, Lana Nodin juga dikenali sebagai artis yang cepat ‘sentap’ apabila ada peminat serta pengkritik yang memberi teguran berhubung isu pemakaiannya di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Lana berkata, “sebenarnya saya tak kisah kalau orang nak komen dalam akaun Instagram, cuma saya tak boleh terima kalau orang itu kurang ajar. Instagram memang laman sosial, tapi kalau tak tahu macam mana nak bersosial dan nak menggunakan laman tersebut, baik tak payah guna.

“Senang je, kalau rasa berdoas tengok instagram saya, tak payah tengok. Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. Tak payah nak komen yang pelik-pelik,” katanya memetik laporan portal Ohbulan.

Lana juga mengatakan menegur seseorang biarlah beradab kerana kedua ibu bapanya pun kalau mahu menegurnya akan melakukannya secara tertutup dan bukan di hadapan adik-beradiknya yang lain.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment