Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Festival Kraf Langkawi 2013 di dua lokasi dari 22 November hingga 2 Disember ini.

Kraftangan Malaysia dalam satu kenyataan media memberitahu, lokasi pertama festival itu di Kompleks Kraf Langkawi, Teluk Yu, Mukim Bohor, Pulau Langkawi.

Manakala, lokasi kedua festival akan berlangsung di Perkarangan Kompleks Pekan Rabu, Kuah.

“Festival Kraf Langkawi di Kompleks Kraf Langkawi pada 22 November hingga 2 Disember 2013 dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

“Penganjuran di Perkarangan Kompleks Pekan Rabu pula pada 22 November hingga 1 Disember ini dari pukul 7malam hingga 12 tengah malam,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Festival Kraf Langkawi 2013 melibatkan penyertaan seramai 80 usahawan kraf dalam pelbagai bidang termasuk dari Sabah dan Sarawak seperti tekstil, seramik, hasil rimba serta logam.

Selain itu, turut diadakan demonstrasi kraf– sarung dan hulu parang dari Langkawi), sangkar burung (Perlis), wau tradisional (Kedah), gubahan bunga getah (Kedah), serkap (Kedah), anyaman buluh dan rotan (Negeri Sembilan), seramik (Perak) dan tudung saji (Perak).

Program turut diwarnai dengan demonstrasi masakan tradisional termasuk kuih bahulu, kuih karas, kuih peneram, kuih bangkit, kuih bakar dan wajik serta pendidikan Kraf – mewarna batik seperti mewarna pasu seramik, anyaman dan hiasan wau tradisional.

Tambah kenyataan itu, festival itu turut dimeriahkan dengan pertandingan karaoke, masakan,  sulaman, jahitan manik, suara burung , ayam serama, sukaneka, congkak, gasing, sepak raga ribu, wau, kereta kawalan jauh, fotografi, gubahan hantaran tuala dan bunga, mengikat tudung serta tulisan khat.

“Orang ramai turut berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan dan kesenian, ceramah agama, wayang kulit, persembahan peralatan muzik tradisional, `Live Band’ dan persembahan artis jemputan,” kata kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment