Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment

DI zaman jenayah semakin berleluasa pada masa kini, pelbagai cara dilakukan oleh golongan penjenayah demi meraih wang secara mudah.

Melalui gambar dan maklumat yang diperolehi melalui akaun Facebook ‘Malaysia Crime Awareness Campaign’, sebuah pejabat di Jalan SS2/24, Petaling Jaya telah dipecah masuk lewat malam semalam.

Menariknya, penyagak tersebut tidak masuk melalui pintu atau tingkap, sebaliknya melalui tandas yang ditebuk di bahagian dinding.

Malangnya, kegigihannya tidak berbaloi apabila mendapati tiada barang berharga yang diperolehi di pejabat tersebut.

Mujur juga tiada siapa yang berada di pejabat pada sewaktu kejadian. Apapun, pemilik pejabat atau kedai disarankan untuk memasang CCTV atau penggera bagi mengelakkan kejadian seperti berlaku lagi di masa akan datang.

Ingat ya, jenayah boleh berlaku tanpa diduga!

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment