Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 19, 2013

No Comment

Mungkin lebih daripada sejuta unit peranti permainan terbaru dari Sony, PlayStation 4 telah berada di tangan peminat di serata bahagian Amerika Utara, di mana ianya merupakan antara negara pertama di dunia menerima konsol tersebut.

Namun, tidak semua konsol baru mereka berfungsi sesempurna dan seindah seperti yang disangkakan. Laporan berkenaan gangguan pada unit PS4 mula disebarkan oleh beberapa peminat yang tidak bernasib baik di seluruh rantau tersebut walaupun ianya masih belum dipasarkan secara umum.

Antara isu yang diutarakan termasuk kerosakan pada HDMI port yang disebabkan oleh besi bengkok di dalam port tersebut. Masalah ini bagaimanapun, boleh diselesaikan dengan hanya meluruskan kembali besi tersebut, mudah sahaja!

Bagaimanapun, isu yang dikenali sebagai “blue light of death” (sering dikaitkan dengan “red ring of death pada konsol Xbox 360) adalah lebih menakutkan kerana konsol yang mempunyai masalah ini adalah 100 peratus rosak dan tidak boleh digunakan langsung.

Sony masih sedang mencari sebab bagi isu “lampu biru berkelip” (lihat video di bawah) pada PS4 dan mereka telah menyenaraikan beberapa kemungkinan masalah seperti kesesuaian televisyen, power supply PS4, memori PS4 serta peranti PS4 itu sendiri.

Pada masa yang sama, masalah lain yang dihadapi peminat, seperti yang disenaraikan oleh laman web IGN, termasuk kelipan lampu merah atas beberapa sebab seperti konsol terlalu panas, sistem terhenti, unit bergoyang serta masalah pada set fon kepala.

Memandangkan PS4 hanya akan dipasarkan ke Malaysia 20 Disember ini, peminat semestinya berharap supaya Sony berjaya mengatasi masalah yang dinyatakan selain tidak menjual unit yang bermasalah ke pasaran negara ini.

0 comments:

Post a Comment