Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 19, 2013

No Comment

Mungkin ramai yang tahu bahawa Qualcomm merupakan salah satu daripada pemaju peranti pemproses untuk pelbagai rangkaian telefon pintar dan tablet di pasaran dunia buat masa ini.

Kini, syarikat yang sama telah mengambil keputusan untuk menembusi bidang yang kian popular pada tahun ini iaitu jam pintar.

Qualcomm baru-baru ini telah mengumumkan peranti terbaru mereka yang dikenali sebagai Qualcomm Toq (sebut “talk”) dan semalam, mereka menyatakan bahawa peranti ini bakal dipasarkan menjelang 2 Disember 2013 pada harga AS$349.99 (RM1,115).

Direka untuk menyokong sistem Android versi 4.0.3 dan ke atas melalui sambungan Bluetooth. Selain itu, Qualcomm juga berkata bahawa jam mereka mampu bertahan sekurang-kurangnya beberapa hari sebelum ia perlu dicas semula.

Jam ini mampu melakukan tugas yang telah anda ketahui, menjawab panggilan, melihat mesej serta notifikasi. Namun, ia hanya akan dijual di Amerika Syarikat pada tarikh yang dinyatakan di atas, sementara pasaran bagi negara-negara lain akan diumumkan selepas tarikh berikut.

Untuk maklumat lanjut, lihat video di bawah.

0 comments:

Post a Comment