Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 19, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia (UPM) diiktiraf antara 100 universiti terbaik dalam bidang pertanian dan perhutanan di dunia.

Pejabat Pemasaran dan Komunikasi UPM dalam satu kenyataan media memberitahu, UPM mengatasi lebih 2,000 universiti lain dalam pengiktirafan itu.

“Bidang Pertanian dan Perhutanan UPM berkongsi kedudukan 51 ke 100 dengan universiti Asia lain dalam penarafan “QS World University Rankings 2013/14”.

“Universiti Asia lain adalah Universiti Teknologi dan Pertanian Tokyo, Universiti Zhejiang China, Universiti Kebangsaan Taiwan, Universiti Kyushu Jepun, Universiti Korea Selatan dan Universiti Chiang Mai Thailand,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, UPM turut berkongsi kedudukan 51 ke 100 dengan tiga universiti Asia lain iaitu Universiti Malaya, Universiti Beijing Normal dan Universiti Peking China serta Universiti Kebangsaan Seoul.

Empat universiti Asia lain dalam kelompok 50 terbaik bidang pendidikan adalah Universiti Hong Kong; Universiti Teknologi Nanyang Singapura, Universiti Cina Hong Kong dan Universiti Kebangsaan Normal Taiwan.

Naib Canselor UPM, Datuk Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramlan dalam kenyataan sama berkata, pencapaian itu menunjukkan kejayaan UPM membangunkan reputasi antarabangsa untuk standard akademik dan graduan berkualiti.

“Antara kriteria dalam penarafan itu ialah pembinaan profil kukuh ahli akademik, penyelidikan berimpak tinggi, pengembangan dan pengajaran kepada masyarakat dan pengiktirafan majikan terhadap graduan di seluruh dunia.

“Peningkatan prestasi fakulti dan institut bidang itu di UPM dalam aspek pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan jaringan antarabangsa dan kebangsaan turut membantu ranking,” katanya.

Fauzi dalam pada itu berkata, UPM melakukan beberapa penambahbaikan dalam aktiviti pengantarabangsaan meliputi mobiliti pensyarah dan pelajar, penyelidikan dan penerbitan, penghargaan (citation) dalam jurnal berimpak tinggi dan penerbitan buku yang menembusi pasaran antarabangsa.

“Penarafan dan penekanan kepada kualiti penyelidikan akedemik dan bilangan penerbitan dalam journal terkemuka dengan bilangan petikan (citation) dan indek-H bertambah sejak kebelakangan ini.

“Dalam bidang pengajaran, kurikulum yang disemak semula memberi penekanan bukan saja kepada kursus utama tetapi juga kursus-kursus sampingan yang membantu dalam keterampilan siswazah,” katanya.

Selain itu, beliau menjelaskan, UPM sentiasa menggalakkan pegawai akademiknya mengkomersilkan produk berimpak tinggi seperti rumput satiri, biobaja Bacto-10, Ayam Akar Putra dan baja Ajib.

0 comments:

Post a Comment