Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 19, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Adakah DAP berhasrat melihat negara ini dikuasai kuasa asing pada suatu hari?.

Ia persoalan yang wajar dijawab parti itu berikutan tindakan berulang kali DAP mendesak kerajaan Malaysia mendapatkan bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) setiap kali negara berhadapan isu keselamatan.

Sebelum ini, DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mahu Malaysia mendapatkan bantuan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hanya kerana negara didakwa berhadapan ancaman jenayah tembak yang serius.

Hari ini, pemimpin kanan DAP itu mengulangi desakan sama dengan kali ini menggunakan kes seorang pelancong dari Taiwan di tembak mati manakala rakannya wanitanya diculik sekumpulan lelaki bersenjata di di Pulau Pom-Pom, Semporna, Sabah pada 15 November lalu sebagai alasan untuk Malaysia mendapatkan bantuan kuasa luar.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau membuat gesaan itu kerana kejadian jenayah di pulau berkenaan tidak sepatutnya berlaku memandangkan ia terletak dalam kawasan berhampiran Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom).

“Dalam erti kata lain, aspek keselamatan yang longgar ini menunjukkan tiada tempat yang selamat (di negara ini) daripada serangan pengganas dari Filipina.

“Sekiranya kerajaan Malaysia tidak boleh memastikan tahap keselamatan, mungkin mereka boleh mendapatkan bantuan daripada badan antarabangsa seperti PBB. Saya pasti PBB akan membalas permintaan tersebut memandangkan Malaysia menyumbang banyak dalam misi pasukan pengaman PBB di seluruh dunia,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng seterusnya berkata, Malaysia wajar mendapatkan bantuan badan antarabangsa termasuk PBB bagi mematahkan aktiviti pendatang asing Filipina memasuki Sabah untuk mengancam rakyat negara ini.

Beliau mendakwa, media Taiwan kini memberi pandangan negatif terhadap pihak berkuasa Malaysia dengan mendakwa pasukan keselamatan negara ini lembat bertindak dan mempunyai perhubungan awam yang teruk dalam mengendalikan kes tersebut.

Dalam kejadian 15 November lalu, seorang pelancong lelaki warganegara Taiwan, Lin Min Hsu, 57, ditembak mati sekumpulan penjenayah manakala rakan wanita senegaranya, An Wei Chang, 58, diculik.

0 comments:

Post a Comment