Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 19, 2013

No Comment

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dijatuhkan dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah menghina mahkamah berhubung satu artikel berkaitan seorang hakim yang disiarkan dalam laman web Perkasa, 7 Januari lalu.

Selain Ibrahim, penulis blog Zainuddin Salleh turut didapati bersalah atas kesalahan sama, merujuk kepada tulisannya yang dianggap mencalar imej Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk VT Singham.

Justeru mahkamah menetapkan hukuman penjara empat minggu ke atas Zainuddin.

Hukuman Ibrahim dan Zainuddin  berkuatkuasa hari ini.

17 Januari lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran prosiding komital terhadap Ibrahim dan Zainuddin ekoran dakwaan mereka dikatakan telah menghina dengan menyerang peribadi salah seorang Hakim Mahkamah Tinggi.

Kata peguam Anwar, penerbitan artikel tersebut dilihat sebagai satu cara untuk mempengaruhi keputusan hakim berkenaan kes saman fitnah Anwar terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak selain satu serangan terhadap sistem kehakiman negara.

Perkasa bagaimanapun menafikan pertubuhan itu mahupun Presidennya, Datuk Ibrahim Ali terlibat dalam artikel yang  dikeluarkan pada 7 Januari di laman web mereka, sebaliknya menjelaskan sumber asal artikel itu adalah daripada laman web, ob21.net. – REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment