Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment

Agak kecewa hari ini apabila terbaca berita mengenai seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang ditahan bersama sepasang suami isteri kerana disyaki terlibat dalam jenayah memalsukan Mykad.

Akhbar Berita Harian dan Harian Metro melaporkan berita mengejutkan itu hari ini.


Kakitangan berusia 57 tahun itu ditahan di sebuah rumah sewa di Pujut 2 di Miri, Sarawak.

Dia ditahan ketika serbuan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Balai Polis Pusat Miri diketuai ASP Lee Yen Fang pada pukul 9.30 malam.

Pasukan itu turut menahan 13 warga Filipina kerana disyaki memiliki kad pengenalan palsu.

Lelaki berkenaan serta suami isteri berusia 43 dan 44 tahun itu menjadikan rumah sewa berkenaan sebagai pusat operasi pemalsuan kad pengenalan sejak beberapa bulan lalu.

Menurut sumber dilaporkan Harian Metro, rumah terbabit digunakan sebagai transit dan lokasi persembunyian sementara pendatang asing sementara menunggu proses membuat kad pengenalan palsu selesai.

“Siasatan mendapati semua warga Filipina berusia 30 hingga 40-an itu dipercayai masuk ke negara ini sejak beberapa hari lalu selain ada dalam kalangan mereka mwmbawa anak masing-masing melalui Sabah sebelum menggunakan jalan tikus ke bandar ini,” katanya.

Dalam serbuan itu beberapa peralatan membuat kad pengenalan palsu turut dirampas termasuk pelbagai cop jabatan kerajaan, ketua kampung dan sekolah selain beberapa komputer serta mesin pencetak.

“Pemeriksaan turut menemui 38 keping salinan sijil lahir beserta borang dan gambar permohonan manakala 69 keping sijil kelahiran sudah diperakui JPN, resit serta wang tunai lebih RM3,000 turut dirampas.


“Siasatan juga mendapati setiap warga asing itu dikenakan bayaran sehingga RM500 untuk setiap permohonan membuat kad pengenalan palsu yang turut disertakan bersama sijil kelahiran,” katanya.

Menurut sumber, mereka yakin akan membuat beberapa tangkapan susulan terhadap beberapa individu lagi termasuk kakitangan JPN yang terbabit dalam kegiatan pemalsuan kad pengenalan.

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu dan ketika ini siasatan masih dijalankan.

Jika penulis mengamati kenyataan sumber berkenaan berkenaan beberapa tangakapan lagi yang bakal dilakukan termasuk kakitangan JPN, jadi mereka yakin ada lagi kakitangan JPN yang terlibat.


Dalam kelantangan JPN mengeluarkan kenyataan untuk memeriksa identiti setiap pengawal keselamatan daripada menggunakan kad pengenalan palsu, rupa-rupanya antara dalangnya datang dari dalam JPN sendiri.

Lebih elok JPN menjalankan siasatan mencari dalang di dalam jabatan itu sendiri sebelum nak bercakap dengan tegas nak memeriksa individu lain sama ada memiliki Mykad sebenar atau tidak.

Penulis berharap kepincangan dalam JPN ini segera diselesaikan kerana JPN tidak seharusnya menjadi lokasi para pengkhianat negara ini berkampung mengaut keuntungan dengan memperjudikan kestabilan negara. 

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

0 comments:

Post a Comment