Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment

ALOR SETAR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini menerima pemberian zakat perniagaan bagi tahun 2013 dari lima syarikat bernilai RM16.635 juta, untuk diserahkan kepada Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK) dan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ).

Pada majlis yang berlangsung di Istana Anak Bukit di sini, sebanyak RM13.393 juta zakat diserahkan kepada JZNK yang diterima daripada Lembaga Tabung Haji (TH), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Bank Persatuan, Bank Rakyat dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Sejumlah RM3.24 juta diserahkan kepada PPZ oleh Bank Rakyat dan Angkasa.

Majlis penyerahan zakat itu dimulakan dengan penyerahan zakat daripada PNB yang disampaikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan itu, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berjumlah RM7.779 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Ismee Ismail pula menyerahkan zakat sebanyak RM3.46 juta, diikuti penyerahan sebanyak RM150,000 oleh Pengerusi Bank Persatuan Datuk Yusra Sabar.

Zakat perniagaan Bank Rakyat diserahkan Ahli Lembaga Pengarahnya Datuk Mangsor Saad iaitu sebanyak RM1.94 juta kepada JZNK dan RM3.17 juta kepada PPZ.

Sementara Angkasa diwakili Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah yang menyerahkan sebanyak RM57,341 kepada JZNK dan RM69,205 kepada PPZ.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment