Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment

SEREMBAN –  ”Jika peragut itu ditangkap saya nak tanya, puas hati tak buat macam ini?” rintih Norain Md Yusof susulan kehilangan ibunya yang maut dalam kejadian ragut, Jumaat lalu.

Apa yang membuatkan jururawat berusia 23 tahun itu terkilan ialah beg milik ibunya, Jamariah Ahir, 64, yang cuba diragut hanya mengandungi bekas makanan, akhbar, tisu, bedak dan gincu.

Norain berkata, ibunya bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah bank di Jalan Dato’ Bandar Tunggal, di sini.

“Kalau nak duit, minta. Bukan begini caranya nak dapatkan duit hingga hilang nyawa emak saya,” katanya yang ditemui selepas menerima kunjungan Pemuda UMNO Bahagian Rasah dan Tampin di rumahnya di Sikamat, di sini, semalam.

Jumaat lalu, dua peragut menendang motosikal ditunggang Norain bersama ibunya menyebabkan dua beranak itu terjatuh di Jalan Tuan Haji Said, di sini.

Dalam kejadian jam 3.55 petang itu, dua suspek dipercayai mengekori mangsa sebelum seorang daripadanya cuba meragut beg tangan Jamariah dalam bakul motosikal itu.

Jamariah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Norain cedera di beberapa anggota badan.

Difahamkan, motosikal dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu, ketika dihubungi berkata, usaha giat digerakkan bagi mengesan suspek manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Berita Harian

0 comments:

Post a Comment