Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment

VIDEO yang bakal anda saksikan ini merupakan rakaman tangkapan ke atas seorang penculik dua gadis yang berlaku di Kampung Perepat di Alor Setar, Kedah.

Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar ia berlaku, namun melalui blog azmyawangklanajaya.blogspot, ia sudah lama berlaku.

Dua beradik dikatakan telah ditarik masuk ke dalam sebuah kereta sewaktu dalam perjalanan ke kedai yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.

Kehilangan selama beberapa jam itu disedari oleh bapa mereka, Mohd. Sofi yang kemudian mencari anak-anaknya dengan motosikal sebelum melihat kelibat mereka dan mengejar sejauh 15 kilometer.

Dengan bantuan orang kampung, penculik itu dapat diberkas sewaktu berhenti mengisi minyak di Tebengau.

Hasilnya, habis lebam-lebam badan lelaki itu akibat dibelasah orang kampung sebelum ditahan polis yang tiba tidak lama selepas itu.

Melalui video tersebut, kelihatan juga sebilah parang yang diletakkan di bonet kereta milik penculik.

0 comments:

Post a Comment