Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 14, 2013

No Comment

BIARPUN sudah agak lama menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Intan Ladyana, masih belum kedengaran khabar Kamal Adli bakal menyunting kekasihnya itu sebagai isteri dalam masa yang terdekat.

Bagaimanapun, perkahwinan rakan baiknya, Fizo Omar dengan anak pengasas tudung Fareeda ternyata ‘mencabar’ pelakon itu untuk mengikuti jejak yang sama, memetik laporan Sinar Harian.

“Sebagai kawan baik, saya pernah berborak mengenai hal kahwin. Tak sangka jodoh dia (Fizo) datang dulu. Apa pun, saya sangat gembira dan mendoakan rumah tangganya kekal bahagia. Saya harap Mawar boleh jaga Fizo dengan baik.

“InsyaAllah, kalau ada rezeki, saya juga akan berkahwin. Saya memang tak nak tunggu lama. Tapi bukanlah dalam masa terdekat ini,” katanya.

Menetapkan tempoh dua tahun untuk mencapai hasratnya itu, Kamal berkata dia perlu bekerja keras demi masa depan yang selesa untuk bakal isterinya itu.

“Tapi, kalau katakan dalam masa dua tahun ini saya masih tidak berkahwin lagi, saya boleh anggap diri saya ‘loser’ lah.

“Banyak yang saya perlu bersedia. Intan pun tak mendesak dan dia sangat memahami,” jelasnya.
Baguslah jika Kamal sudah ada perancangan. Perkara elok sebaik-baiknya jangan ditangguh terlalu lama, bimbang banyak dugaan melanda. Betul tak?

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment