Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 14, 2013

No Comment

PRESIDEN Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) Ismail Nasaruddin digantung tugas ekoran tindakannya mengeluarkan kenyataan media berhubung Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Penerbangan Malaysia (MAS) Ahmad Jauhari Yahya.

Penggantungn itu dilaksanakan sementara menunggu proses siasatan dalaman selesai.
Beliau digantung tanpa elaun dan berkuatkuasa segera mulai 8 November lepas.

Menurut laporan portal Malaysiakini, dalam surat tunjuk sebab bertarikh 11 November, MAS mendakwa Ismail bertindak bertentangan dengan tugasnya sebagai ketua pramugari dan pramugara dengan mengeluarkan kenyataan itu.

Surat itu turut memetik laporan SunBiz yang menyebut bahawa Ismail menggesa penyingkiran Ahmad Jauhari sebagai CEO kerana didakwa gagal menjaga kebajikan anak-anak kapal dan menyertai rundingan perjanjian bersama dengan kesatuan.

Ia menyebut, walaupun Ismail presiden sebuah kesatuan, beliau tetap pekerja MAS.

Sementara itu, NUFAM dalam memorandumnya kepada kementerian sumber manusia mahukan campur tangan dalam kemelut itu.

Ia turut menyatakan, kenyataan Ismail kepada media mempunyai asas dan MAS masih enggan mengiktiraf kesatuan sekerja.

0 comments:

Post a Comment