Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 14, 2013

No Comment

NAMPAKNYA ada berita gembira buat peminat pelakon comel, Syanie apabila dia dikhabarkan bakal mendirikan rumahtangga pada 1 Mac 2014 nanti.

Memetik laporan GUA, tunangan kepada Nadi Putera Mohd Zainol sejak Aidilfitri lalu itu memilih tarikh tersebut kerana merasakan ia sangat sesuai dengan tempoh maksimum enam bulan bertunang yang ditetapkan sebelum ini.

Biarpun perkahwinan yang bakal berlangsung nanti merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan ini, Syanie mengakui yang dia tetap rasa gementar untuk kembali bergelar isteri.

“Saya bukan sahaja gementar, tapi perasaan takut pun turut ada. Sebelum ini memang saya pernah mengenali beberapa orang, tapi jodoh itu tiada. Saya sudah mengenali Putera selama tujuh tahun dan dia pernah bekerja dengan saya,” ujarnya.

Ditanya mengenai perbezaan usia 12 tahun dengan Putera, ini jawapannya:

“Umur kami berbeza 12 tahun. Saya tak ada niat langsung pun mahu mencari suami yang lebih muda dari saya. Saya senang bersembang dengan Putera, malah komunikasi antara kami berjalan dengan baik. Putera orangnya senang dibawa berbincang.”

Majlis resepsi Syanie bakal diadakan di Pantai Chenang, Pulau Langkawi.

Apapun, kami doakan jodoh kali ini merupakan yang terbaik untuk pelakon ini dan semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment