Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 17, 2013

No Comment

Aktivis dan pemantau jenayah Kuan Chee Heng yang membantu polis memberkas suspek pembunuhan seorang remaja wanita yang mayatnya kemudian disumbat ke dalam beg pakaian dihargai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan menyampaikan sijil penghargaan polis kepada Kuan dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam kelmarin.

Mayat remaja itu Ng Yuk Tim, 15, ditemui dalam keadaan mengerikan di dalam beg itu di Jalan Kebun Nenas berdekat Kota Kemuning pada 22 Oktober lepas.

Mangsa dipercayai dipukul dengan dumb bell selepas dan mati sebelum disumbat ke dalam beg.

Suspek Poon Wai Hong, 23, kemudiaannya didakwa atas tuduhan membunuh Ng.

Kuan, merupakan pengasas Persatuan Polis Komuniti Selangor (COPS) dan pada hari kejadian telah menyertai pencarian mangsa yang dilaporkan hilang bersama keluarga mangsa dan kemudian mengesyaki Poon kerana terlihat kesan calar di pergelangan tangannya.

Menurut Kuan, kejadian melibatkan Ng adalah satu kehilangan ke atas seorang gadis yang tidak berdosa.

“Jangan kita lupakan kerana satu nyawa yang tidak berdosa telah hilang dalam tragedi ini, ini adalah satu peringatan kepada anak-anak kita untuk berhati-hati ketika membuat kawan secara online,” kata Kuan.

Menurut Mohd Shukri, pihak polis memerlukan lebih banyak kerjasama di antara polis dan orang ramai untuk membanteras jenayah.

“Membanteras jenayah ialah tanggungjawab semua,” kata Mohd Shukri.

Poon didakwa di Mahkamah Masjitret Petaling Jaya pada 31 Oktober lepas atas dakwaan membunuh Ng di sebuah rumah di Kampung Cempaka, Kelana Jaya antara pukul 3 petang dan 4 petang pada 21 Oktober.

Dia diakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

0 comments:

Post a Comment