Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 17, 2013

No Comment

Di sebalik kesejukan di pusat rekreasi salji Snow Walk di i-City Shah Alam, 26 orang pelatih Ekspedisi Greenland 2014 sempat merakamkan parodi terkenal ‘Macam Cantik je..’.

Kata-kata ‘Macam Cantik Je..’ kini popular di seluruh negara akibat dari video seorang gadis bernama Syasya yang merakamkannya untuk pertama kali memuji kecantikan matanya.

Sejak video Syasya meletup di laman Facebook dan YouTube, ramai yang menghasilkan video parodi masing-masing sebagai sebahagian antara kemeriahan penggunaan laman sosial yang membawa aksi lucu.

Mereka di Snow Walk untuk menjalani latihan penyesuaian diri dengan suhu sejuk.

Kesemua pelatih berkhemah di taman tema i-City bermula Khamis lepas sehingga semalam.

Mereka mengadakan latihan berjalan kaki menarik tayar yang diibaratkan seperti luncur salji yang menempatkan barang keperluan mereka sepanjang ekspedisi berkenaan yang memakan masa antara 30 hingga 35 hari.

Pada ekspedisi sebenar nanti hanya 12 orang peserta akan dipilih daripada senarai 26 orang yang menjalani latihan di i-City ini.

Pelatih ini kemudian akan turut mengadakan latihan di New Zealand dan Norway sebelum bersiap sedia untuk ke Greenland pada April tahun depan.

Ekspedisi Greenland 2014 dianjurkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) dengan tajaan daripada Felda.


0 comments:

Post a Comment