Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

New York – Lady Gaga mungkin menjadi ibu raksasa kepada jutaan peminatnya, tetapi pada masa depan, dia ingin memiliki raksasa kecil.

“Saya mahu anak yang ramai…sekurang-kurangnya tiga orang,” kata superstar itu kepada SiriusXM dalam perbincangan Dewan Bandaraya di studio mereka di New York Jumaat lalu.

“Saya benar-benar mahu berkeluarga dan memelihara serta memberi inspirasi kepada anak sendiri. “Terus terang saya katakan, mempunyai anak sendiri bagaikan memiliki tiga raksasa kecil yang bersama saya sepanjang masa. Mereka mungkin bukan peminat. Siapa tahu, mereka mungkin bencikan muzik saya.

“Saya ingin menjalani kehidupan berkeluarga. Saya membesar dengan ikatan kekeluargaan yang kukuh dan saya tidak dapat membayangkan untuk tidak memiliki keluarga sendiri,” katanya.

Sementara Gaga tidak menyebut sama ada hubungannya dengan teman lelaki Taylor Kinney membabitkan anak, tetapi dia ada mendedahkan yang Kinney pernah menangkapnya mencuri makan piza dalam bilik air pada waktu malam. – Agensi

0 comments:

Post a Comment