Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

London – Seorang lelaki maut selepas meminum cecair dadah meth selepas menyangkanya minuman kesihatan.

Romano Dias, 55, diberikan sebotol cecair yang kelihatan seperti jus buah oleh anak perempuannya, Katee yang menemuinya dalam bungkusan yang dihantar ke kediamannya.

Selepas meneguk separuh gelas daripada cecair itu, Dias mula berasa sakit dan mati sejurus kemudian.
Polis berkata, penemuan dadah itu di Britain adalah sesuatu yang luar biasa, tetapi serbuk meth mendapat perhatian awam melalui rancangan televisyen yang memenangi pelbagai anugerah, Breaking Bad.

Pasangan Dias, Debra Dulson berkata dalam satu kenyataan, ketika mangsa membuka botol terbabit, dia menemui lapik gabus di bawah penutupnya.

Debra berkata, Dias meneguk minuman itu dan memberitahu ia berasa tidak sedap sebelum mengadu tekaknya terbakar.

“Saya rasa macam nak mati,” katanya.

Analisis yang dijalankan terhadap botol itu yang dilabel sebagai minuman kesihatan menunjukkan ia mengandungi dadah methamphetamine tulen bernilai £34,000 (RM173,000).

Dadah itu yang lebih dikenali sebagai serbuk meth ialah amphetamine yang kuat dan biasanya dihisap, hidu atau disuntik.

Inkues yang dijalankan mendapati bungkusan itu dihantar ke kediaman Katee Dias di London. Ia menunjukkan alamat yang betul tetapi dengan nama yang salah.

Katee mengambil bungkusan itu kerana menyangka seseorang akan mengambilnya kelak lalu menyimpannya selama enam bulan. Dia kemudian membuka bungkusan itu dan menemui botol berkenaan.

Tidak lama kemudian, dia memberikan botol itu kepada bapanya.

Pegawai polis Ian Simmons memberitahu mahkamah Huntington yang Dias dan keluarganya tiada sebarang kaitan dengan sindiket dadah.

“Insiden yang berlaku di luar jangkaan dan sukar untuk dijelaskan,” katanya.

Simmons berkata, berdasarkan pendapat profesionalnya, botol itu menjadi sebahagian rancangan untuk membawa dadah kelas A ke Britain.

Bungkusan itu dihantar tiga tahun lalu dan kertas pembungkusnya juga sudah koyak, membataskan siasatan polis.

Pakar bedah siasat William Morris mengumumkan yang kematian Dias ialah satu kemalangan. – Agensi

0 comments:

Post a Comment