Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 20, 2013

No Comment

Adik Muhammad Razin Irfan, 4, dari Yan, Kedah lahir dan membesar sama seperti kakak-kanak lain – sangat aktif, bertenaga dan bijak.

Apabila dia jatuh sakit dan dikejarkan ke Hospital Sg Petani, tiada siapa menyangka anak kecil ini rupa-rupanya ditimpa sakit kronik. Hanya selepas air tulang sum-sum diambil, doktor mendapati Irfan sedang menghidap kanser tulang tahap 4.

Kanser ini begitu pantas merebak ke mata kiri, tulang belakang dan paha kanan Irfan. Selepas menjalani kemoterapi, barulah sel kanser menjadi kurang agresif.

Namun ia tidak bertahan lama. Dua bulan kemudian keadaan Irfan kian teruk. Hampir sepanjang masa anak kecil ini menangis kerana tidak tahan menanggung kesakitan di mata dan paha.

Hati dan limpa Irfan turut membengkak. Sekali lagi, doktor menyatakan dia harus menjalani kemoterapi.

Hari ini (20 November), doktor selesai menjalankan satu pembedahan pada mata kiri Irfan. Pembedahan ini tidak membuang tumor pada mata tetapi keputusan dapat digunakan untuk menilai kemoterapi paling sesuai dan terbaik dengan keadaannya sekarang.

Sesungguhnya ujian berupa anak menghidap sakit kronik begini tidak dirasai semua orang. Ia menuntut pengorbanan yang bukan sedikit – masa, emosi dan wang ringgit. Namun sudah tentu, berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

Justeru bagi anda yang simpati dengan nasib Irfan dan ingin membantu meringankan beban anak kecil ini dan ibu bapanya, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi nombor tertera di bawah:

Encik Wardi (Bapa Irfan) – 0124634074
Pn Ruhayati bt Sulaiman (Ibu Irfan) – 012-4674201
Wad Onkologi C3, Hospital Pulau Pinang – 04-222 5337

atau salurkan terus sumbangan pada:

CIMB: 02021128978521 Wardi bin Baharum

Untuk mengetahui kisah Irfan layari:


InsyaAllah, segala pertolongan anda akan bertukar menjadi saham akhirat yang berguna. – REM RAMZI






0 comments:

Post a Comment