Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 14, 2013

No Comment

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi dikritik hebat sekali gus berdepan kemarahan Adun PR negeri ini yang menganggotai Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) apabila dikatakan ‘membakulsampahkan’ atau mengetepikan memorandum yang disampaikan mereka, berkaitan isu pembangunan rakyat yang perlu diberi penekanan dalam Belanjawan 2014 Negeri Selangor.

Dalam satu kenyataan secara bersama, BBC berkata, amat malang bagi rakyat Selangor apabila kerajaan negeri bercadang membentangkan sebuah Belanjawan 2014 Negeri Selangor yang gagal membawa isu-isu rakyat secara dekat.

Ini menjadikan Belanjawan 2014 Negeri Selangor yang bakal dibentangkan dilihat tidak mengikut standard pengurusan ekonomi yang baik di mana belanja mengurus begitu besar berbanding belanja pembangunan untuk rakyat.

Belanjawan 2014 Negeri Selangor akan dibentangkan pada minggu hadapan semasa Mesyuarat Ketiga Persidangan Pertama Dun Selangor.

Menurut kenyataan itu, Menteri Besar itu juga telah membohongi Adun-Adun PR dengan tidak memanggil mesyuarat lanjutan membincangkan isu yang terkandung dalam memorandum pada 5 November lalu. - SinarOnline

0 comments:

Post a Comment