Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

GEORGE TOWN – Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini menegaskan penjaja tidak berlesen yang terbabit dalam rampasan barangan di Pasar Jelutong baru-baru ini ialah warga asing dan penyitaan dilakukan mengikut prosedur operasi standard.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam dan Perlesenan MPPP Ong Ah Teong berkata majlis itu telah mengeluarkan 38 notis amaran kepada penjaja tidak berlesen di bandar ini sebelum menjalankan operasi penguatkuasaan.

“Sebenarnya ramai penjaja berlesen mengadu perniagaan mereka terjejas disebabkan kebanjiran penjaja tidak berlesen terutamanya warga asing.

“Sebelum tindakan penguatkuasaan diambil kita siasat terlebih dahulu, kalau melibatkan warga tempatan kita keluarkan notis sebelum rampas barang tetapi jika memang warga asing barang mereka akan dirampas serta-merta,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan sekumpulan penjaja tidak berlesen di pasar Jelutong yang dilapor oleh akhbar hari ini sebagai mendakwa MPPP menyalahguna kuasa apabila merampas barang jualan mereka tanpa notis pemberitahuan awal.

Kumpulan penjaja yang mengaku rakyat tempatan itu turut mendakwa mengalami kerugian ribuan ringgit apabila barang berkenaan tidak dipulangkan semula kepada mereka walaupun tuntuan telah dibuat.

Mengulas lanjut, Ong berkata pihaknya mempunyai bukti bergambar menunjukkan individu yang menganjurkan demonstrasi semalam bukan peniaga di kawasan terbabit.

Beliau berkata Undang-undang kecil penjaja 1979 perkara 21 (1) menyebut penjaja warga asing tidak berlesen tidak berhak menuntuk kembali barang yang dirampas atau memfailkan tuntuan ganti rugi.

Katanya terdapat 47 kes melibatkan rampasan barang jualan penjaja warga asing tidak berlesen sehingga Oktober ini dan mereka kebanyakan terdiri daripada rakyat China, Thailand serta Vietnam yang semakin berani berniaga secara terbuka di pasar dan tapak penjaja sekitar Lebuh Cecil, Jelutong, Batu Lanchang dan Lorong Perak.

Beliau turut mendakwa terdapat sindiket tertentu yang melindungi penjaja terbabit dan berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen negeri dalam operasi akan datang bagi mengelakkan isu seumpama berulang. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment