Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

Tiga lelaki yang merupakan penduduk sebuah kampung di Kalimantan, Indonesia melakukan tindakan mengejutkan apabila memasak dan memakan daging orang utan.

Mereka yang melakukan perkara ini bagaimanapun berkeras tidak memburu dan membunuh orang utan tersebut tetapi menemuinya sudah mati ditembak pemburu lain yang menyangkakan ia seekor rusa.

Jadi hujah mereka, adalah lebih baik jika orang utan itu dijadikan hidangan daripada dibiarkan begitu sahaja.
“Dagingnya panas seperti rusa, keras tapi sedap daripada daging lembu dan khinzir,” ujar Hanafi, 58, salah seorang yang merasa hidangan tersebut.

Kawannya yang merupakan penduduk kampung sama, Ignasius Mandor, 50, pula mengeringkan tulang orang utan tersebut dan menyimpannya.

Susulan kejadian ini, Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Indonesia menahan tiga lelaki, Khamis lalu setelah siasatan mendapati dakwaan orang utan tersebut sudah mati ketika ditemui hanya dibuat-buat.

Perkara ini tersebar selepas gambar-gambar lelaki terbabit memasak dan menyimpan tulang orang utan dikongsikan sempena Minggu Kesedaran Orang-utan anjuran sebuah organisasi, minggu lalu.

Orang utan merupakan spesies terancam yang kian pupus akibat aktiviti penebangan hutan untuk dijadikan ladang kelapa sawit.

Kini orang utan hanya boleh ditemi di sekitar hutan Kalimantan dan Sumatera sahaja. – REM RAMZI
Sumber: Dailymail






0 comments:

Post a Comment