Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memperinci semula kaedah pemberian subsidi RM30,000 di bawah program MyHome dalam mesyuarat Khamis ini.

Menterinya Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, mesyuarat itu antara lain bertujuan mencari mekanisme terbaik bagi menentukan sama ada pemberian subsidi RM30,000 itu diberikan kepada pemaju atau pembeli.

Abdul Rahman berkata pihaknya telah memanggil semua Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah dan Galian, wakil Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia, Bank Negara, Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi dan Perumahan Rakyat 1Malaysia bagi membincangkan perkara itu.

“Kita akan fikirkan mekanisme terbaik. Saya faham, sudah tentu ada dua mekanisme sama ada RM30,000 ini diberikan kepada pemaju atau pembeli dan kita akan rungkaikan persoalan ini dalam mesyuarat itu,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Shamsul ingin tahu pemberian subsidi RM30,000 yang diperuntukkan menerusi program MyHome diberikan sama ada kepada pemaju atau pembeli.

Pada Bajet 2014, kerajaan memperkenalkan projek perumahan baharu iaitu Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome bagi menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana.

Dalam bajet itu dinyatakan skim berkenaan menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada setiap pemaju swasta.

Sementara itu, menjawab soalan asal Shamsul, Abdul Rahman berkata isu yang mungkin timbul dalam proses pelaksanaan pembangunan perumahan termasuk soal lokasi, akses kemudahan asas setempat, isu pemilikan tapak dan juga keupayaan pemaju menyiapkan projek dalam masa ditetapkan.

Bagaimanapun, katanya, Majlis Perumahan Negara yang ditubuhkan kerajaan berperanan merangka pelan tindakan menyeluruh bagi memastikan penyediaan rumah dilakukan dengan lebih cekap dan cepat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment