Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment

NEW YORK – Forbes Media, yang dimiliki oleh keluarga Forbe, kini dibuka untuk jualan selepas ia menarik minat pembeli berpotensi.

Menurut Ketua Eksekutif Forbes Media, Mike Perlis ketika mendedahkan perkara itu berkata, majalah tersebut yang diasaskan sejak 1917, telah melantik sebuah bank bagi `melihat cadangan jualan itu’.

Ia bakal melibatkan penjualan majalah mingguan Forbes dan  digital milik syarikat itu.

Perlis berkata, Forbes  telah mencatatkan kejayaan  dengan pendapatan digitalnya meningkat sebanyak 25 peratus pada hujung tahun.

Syarikat itu berharap tahun 2013 akan menjadi tahun kewangan terbaik dalam masa enam tahun.

Forbes diasaskan oleh imigran dari Scotland, B.C. Forbes pada 1917.

Ia dikenali sebagai majalah yang menyiarkan rating tahunan jutawan di dunia selain senarai wanita paling berkuasa di dunia dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang memperoleh pendapatan paling tinggi.

Majalah mingguannya dijual lebih 900,000 dan turut mempunyai edisi sendiri bagi Eropah, Asia, Asia Barat dan Amerika Latin.

Spekulasi mengenai penjualan Forbes mula tersebar selepas industri media cetak mula goyah hingga membawa kepada penutupan akhbar Newsweek manakala Businessweek pula telah dijual dalam masa beberapa tahun ini.

Meskipun ia adalah syarikat keluarga namun pada 2006, Forbes telah menjual pegangan saham minoriti kepada syarikat  Elevation Partners, dengan antara pemegang saham syarikat itu adalah penyanyi Bono.

Pada Jumaat,  Wall Street Journal melaporkan Forbes perlu membayar sebanyak $264 juta kepada Elevation dalam masa beberapa tahun.

Sehubungan itu Forbes berharap agar jualannya akan meningkat daripada $400 juta kepada $500 juta.

Dalam pada itu, penganalisis menyifatkan cadangan penjualan itu agak mengejutkan kerana keluarga Forbe yang selama ini memiliki jenama Forbes ini mahu bertukar kepada pemilik baru

“Ia adalah jenama yang amat, amat dihormati. Malah Forbes merupakan jenama perniagaan yang berjaya terutama dalam bidang pengiklanan,’’ katanya.

0 comments:

Post a Comment