Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 25, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed atas pelantikan beliau sebagai Naib Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA).

“Tahniah Tan Sri Abu Kassim atas pelantikan sebagai Naib Presiden IAACA. Satu peniktirafan besar oleh masyarakat global terhadap usaha anti-rasuah Malaysia,” kata Najib dalam Twitternya hari ini.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan Abu Kassim, 53, dibuat pada persidangan tahunan ketujuh IAACA di Panama City dari 22 hingga 24 November.

Sebelum ini, beliau dilantik sebagai Ahli Eksekutif IAACA pada 2010.

IAACA ditubuhkan pada satu mesyuarat khas di Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Vienna pada 19 hingga 20 April 2006. Malaysia adalah antara negara yang menjadi anggota pengasas IAACA.

Objektif utama IAACA ialah untuk menggalak dan menyokong pelaksanaan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Menentang Rasuah (UNCAC) secara lebih berkesan. Sehingga kini, IAACA mempunyai lebih 300 keanggotaan yang merangkumi agensi dan organisasi pihak berkuasa anti pencegahan rasuah di dunia.

Menurut kenyataan itu, Abu Kassim menyifatkan pelantikan beliau sebagai satu penghargaan kepada SPRM dan Malaysia yang telah memainkan peranan aktif dalam usaha pencegahan rasuah di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata, perkembangan terbaru itu menunjukkan inisiatif SPRM dalam memerangi rasuah sejak penubuhannya pada 2009 telah mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia.

“Pelantikan ini menunjukkan masyarakat antarabangsa dan badan-badan dunia mengiktiraf kejayaan Malaysia dan SPRM dalam memerangi rasuah,” katanya.

Katanya, pelantikan itu adalah pengiktirafan kedua di peringkat antarabangsa untuk Abu Kasim dan SPRM. Sebelum ini pada tahun 2012 beliau dilantik sebagai Timbalan pengerusi Lembaga Pentadbir Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa yang berpusat di Vienna (IACA).

Akademi itu adalah sebuah pusat pengajian tinggi anti-rasuah di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment