Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 25, 2013

No Comment

ALHAMDULILLAH, khabar diterima daripada twitter Agendadaily, dengar khabar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 10.30 pagi tadi selepas seminggu dirawat di sana.

Seminggu lepas Dr Mahathir dimasukkan ke IJN akibat jangkitan dada.

Menurut kenyataan daripada pejabat beliau, Dr Mahathir telah disahkan mempunyai jangkitan dada dan perlu menjalani rawatan dan fisioterapi.

Bekas Perdana Menteri keempat itu biasa menjalani rawatan di IJN sejak kali pertama menjalani pembedahan melibatkan jantungnya di hospital berkenaan pada sekitar 90-an.

Sejak beliau berada di IJN, beberapa keping gambar beliau bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut dikongsikan bersama orang ramai di laman sosial Facebook.

0 comments:

Post a Comment