Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 17, 2013

No Comment


MELAKA – Perkembangan yang berlaku dalam MCA Pusat menjelang pemilihan parti pada 21 Disember ini bakal menjadi penentu kepada siapa di antara tiga anggota dewan undangan negeri (Adun) di Melaka yang akan dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri ini.

Selepas MCA meluluskan resolusi membenarkan anggotanya menerima pelantikan peringkat kerajaan negeri pada mesyuarat agung luar biasa parti itu pada 20 Oktober lepas, ia membuka peluang kepada Adun parti itu dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Selepas Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menamatkan teka-teki siapa yang bakal dilantik sebagai exco kerajaan negeri itu dengan menamakan Adun Gurun Dr Leong Yong Kong, perhatian kini tertumpu kepada Melaka untuk berbuat demikian.

Setakat ini, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron masih lagi menunggu surat rasmi daripada parti itu berhubung kesediaan MCA menerima jawatan itu.

Tidak menolak tentang pentingnya wakil daripada kaum Cina dalam barisan exco kerajaan negeri, beliau bagaimanapun menegaskan pelantikan itu tidak boleh dilakukan secara ‘semberono’ sahaja dan perbincangan perlu dilakukan terutamanya bagi menentukan siapa yang paling layak dilantik.

Beliau membayangkan mungkin akan mempertimbang melantik dua anggota exco daripada tiga Adun MCA iaitu Datuk Lai Meng Chong (Machap), Datuk Ng Choon Koon (Bemban) dan Lim Ban Hong (Klebang) melalui kaedah satu tambah satu – melantik seorang terlebih dahulu sebelum melantik seorang lagi sebagai exco.

Melaka kini mempunyai lapan anggota exco di mana tujuh daripada Umno manakala seorang daripada MIC iaitu Pengerusi MIC negeri Melaka Datuk M.S Mahadevan. Barisan exco sebelum ini mempunyai dua wakil daripada MCA.

Seorang pengamal media Astella Lee, 42, yang mempunyai pengalaman kira-kira 10 tahun bertugas di negeri ini berpendapat MCA perlu menyertai barisan exco untuk menunjukkan bahawa mereka masih boleh berkhidmat untuk rakyat selepas parti itu menerima tamparan hebat pada pilihan raya umum ke-13.

Lee berkata sekiranya dilihat dari segi pengalaman, Lai, 63, paling layak kerana telah menjadi Adun selama tiga penggal berbanding Ng, 38, dan Lim, 36, yang kali pertama menjadi Adun.

Menurut Lee satu lagi perkara yang perlu dilihat ialah faktor ‘sifu-anak murid’ di mana Lim sebenarnya telah dibentuk sebagai seorang pemimpin daripada bawah oleh Datuk Seet Har Cheow bekas Adun Klebang bagi menggantikannya di Dun itu.

Seet yang menjadi Adun Klebang selama dua penggal juga pernah memegang jawatan Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan serta Exco Kesihatan, Pembangunan Pekan Kecil, Pemulihan Projek dan NGO.

“Faktor ini (sifu-anak murid) mungkin memainkan peranan tetapi tidak sebesar faktor masyarakat Cina memerlukan pemimpin baharu yang idealistik…jadi pertaruhan terbaik saya bagi jawatan exco ialah antara Ng dan Lim,” kata Lee.

Seorang veteran MCA yang enggan namanya disiarkan pula berpendapat perkembangan yang berlaku dalam MCA pusat bakal menentukan siapa yang akan dicadang MCA sebagai exco Melaka.

“Antara tiga Adun ini tidak ramai tahu (sama ada) mereka sokong Chua (Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) atau Liow (Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai) yang memainkan peranan penting tentang siapa yang akan dicadang jika mahu dilantik sekarang,” katanya.

Bagaimanapun beliau yang pernah menjadi Adun di negeri ini berpendapat exco Melaka daripada MCA akan dilantik secara rasmi selepas pemilihan parti itu pada 21 Disember depan yang akan menyaksikan pelantikan presiden baharu menggantikan Chua.

“Tentu exco yang dicadangkan ini akan cenderung kepada presiden yang dilantik, dalam konteks ini mungkin Liow ataupun ada kemungkinan OTK (Datuk Sri Ong Tee Keat) yang dikatakan bertanding.

“Apapun satu jaminan yang saya boleh beri ialah MCA mahu menjadi exco bagi memastikan (kebajikan) masyarakat Cina di negeri ini terjaga dan saya nasihatkan kepada siapa sahaja dilantik nanti supaya meletakkan kepentingan rakyat di hadapan melebihi segalanya,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment