Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 17, 2013

No Comment

KUALA NERANG – Pengusaha perindustrian disaran menggunakan sumber tenaga solar yang dilihat lebih jimat dan mesra alam, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mahdzir berkata setakat ini hanya satu peratus sahaja kilang di negara ini menggunakan sumber tenaga itu berbanding tenaga daripada gas dan arang batu yang masih menjadi pilihan utama.

Bagaimanapun, beliau berkata penggunaan sumber tenaga solar dilihat sudah diberi perhatian apabila masyarakat mula memberikan sambutan yang amat baik kerana mereka memahami kepentingan sumber tenaga boleh diperbaharui itu, walaupun sumber tenaga berkenaan masih baharu di negara ini.

“Kita lihat tenaga solar ini mula mendapat sambutan di mana ramai individu dan syarikat mula berdaftar sebagai pengguna tenaga solar,” katanya kepada Bernama di sini.

Katanya sejak tenaga solar mula diperkenalkan pada 2011, setiap tahun berlaku peningkatan yang mendadak dan diharap usaha kerajaan memperbanyakkan sumber tenaga itu di kalangan rakyat negara ini tercapai.

Mahdzir berkata sejak program itu dilancarkan, kira-kira 2,000 orang terlibat dalam program itu tetapi hanya tertumpu di Lembah Klang.

Katanya kementeriannya menggalakkan orang ramai untuk turut sama menjana tenaga boleh diperbaharui itu untuk dijual Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam usaha kerajaan menambah bekalan tenaga elektrik.

“Di negara ini orang ramai boleh menjana tenaga solar untuk dijual kepada TNB sekaligus dapat mengurangkan kos syarikat itu yang membeli gas dan arang batu dalam jangka masa panjang,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment