Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong tindakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegur kelemahan yang berlaku dalam pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss sefahaman dengan Khairy apabila turut menganggap FAM masih menggunakan cara tradisional dalam penjualan tiketnya yang sudah ketinggalan zaman.
“DPPM bersetuju dengan teguran Menteri Belia dan Sukan terhadap kelemahan menguruskan masalah penjualan tiket oleh FAM.

“Masalah ini sering berulang dan amat memalukan tanpa ada satu penyelesaian konkrit sejak FAM menswastakan pengurusan tiket kepada sebuah syarikat pada tahun 1996,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad berkata, langkah meminta Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) campur tangan serta membentuk Jawatankuasa Khas bagi memantau penjualan tiket baru-baru ini juga dianggap memalukan.

“Inikah tahap mutu sukan bola sepak kita yang sentiasa membincangkan masalah-masalah pengurusan yang sering tidak mampu diselesaikan.

“Bagaimanakah nasib mutu bolasepak negara kita jika masalah tiket pun tidak mampu diselesaikan menjelangnya Sukan SEA 2017 nanti,” soal beliau.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO pada 8 November membidas FAM kerana seolah-olah bersikap tertutup dan enggan menerima teguran.

0 comments:

Post a Comment