Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menganggap tindakan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menarik balik saman fitnah terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd. Rafizi Ramli sebanyak RM100 juta hari ini satu kemenangan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Naib Ketuanya, Azmizam Zaman Huri mendakwa, perkembangan terbaharu itu juga merupakan satu amaran kepada mana-mana individu yang mengamalkan rasuah serta penyelewengan di negara ini supaya tidak mudah menyaman mana-mana pihak yang berani membongkar kegiatan buruk mereka.

“Perkara ini jelas menunjukkan segala penat lelah dua pemimpin PKR ini dibantu oleh parti, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat untuk membongkar penyelewengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mendapat kemenangan yang lebih besar,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Pada 19 Januari lalu, Shahrizat memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Mohd. Rafizi dan Zuraida kerana melancarkan satu kempen strategik untuk mencemarkan nama baiknya dengan mengaitkan diri beliau dengan NFC, sedangkan menteri itu tidak memegang jawatan atau memiliki ekuiti dalam projek tersebut mahupun Agro-Science Industries Sdn. Bhd. (Agro-Science).

Pada 30 Mac lalu, Mohd. Rafizi pula memfailkan tuntutan balas terhadap Shahrizat dan mendakwa bekas menteri yang sepatutnya menjawab pendedahan yang dibuatnya berhubung isu NFC, sebaliknya melancarkan serangan peribadi dan dendam terhadapnya.

0 comments:

Post a Comment