Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Pengurus Program Sisters In Islam ISIS), Suri Kempe mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan beberapa media kerana didakwa memfitnah beliau berhubung isu Gabungan NGO Liberal (Comango) baru-baru ini.

Beliau mendakwa, ISMA pada 8 November lalu mengedarkan sebanyak 70,000 risalah yang menuduh beliau salah seorang ‘dalang’ Comango di masjid-masjid di seluruh negara.

“Tuduhan ini adalah palsu sama sekali. Walaupun saya adalah ahli Lembaga Pengarah SIS yang juga antara 54 badan bukan kerajaan (NGO) dalam Comango, tetapi saya tidak langsung terlibat dalam proses mengeluarkan laporan Comango.

“Saya menganggap kata-kata palsu dalam risalah ISMA ini memberi gambaran yang amat buruk mengenai diri saya dan mencemarkan nama baik saya,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Suri Kempe meminta ISMA menarik balik tuduhan itu dari semua media termasuk media online mengikut syarat-syarat yang beliau tetapkan dengan serta-merta atau berhadapan dengan tindakan undang-undang dalam tempoh terdekat.

Beliau turut memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang ke atas media yang melaporkan tuduhan sama.

ISMA selepas solat Jumaat pada 8 November lalu mengedarkan risalah berkaitan Comango di masjid-masjid di seluruh negara.

Risalah itu mendedahkan senarai 54 NGO tersebut bersama sebahagian tokoh liberal yang didakwa sebagai dalang dalam tuntutan Comango.

Mereka didakwa merupakan teras kepada gagasan NGO hak asasi manusia yang menghantar laporan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk melobi dunia agar menekan Malaysia supaya mengiktiraf banyak tuntutan yang bercanggah dengan agama Islam dan Perlembagaan negara.

0 comments:

Post a Comment