Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 21, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Pengguna perkhidmatan dalam talian i-Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diperkenalkan pada 2006 mencecah jumlah hampir satu juta dalam suku ketiga tahun kewangan 2013, meningkat 17.9 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas.

“Ahli yang mengakses perkhidmatan i-Akaun meningkat kepada 969,592 pada suku ketiga apabila lebih ramai ahli menggunakan perkhidmatan dalam talian bagi maklumat akaun dan perkhidmatan.

“Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, KWSP telah menambah pelaburan dalam saluran elektronik untuk meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan serta penyediaan akses yang lebih baik kepada ahli melalui kaedah yang kos efektif kerana rakyat Malaysia kini semakin celik IT,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, bilangan pelawat yang mengakses laman web myEPF juga mencatatkan peningkatan sebanyak 11.8 peratus kepada 1.64 juta berbanding 1.47 juta pada suku yang sama tahun lepas, manakala penggunaan Kios KWSP, kemudahan layan diri yang membolehkan ahli mencetak penyata akaun mereka dengan mudah, meningkat 17.70 peratus kepada 2.16 juta daripada 1.83 juta setahun lalu, mencerminkan penurunan jumlah pelanggan yang mengunjungi kaunter perkhidmatan KWSP, daripada 1.26 juta kepada 1.25 juta.

Bagi Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun, jumlah permohonan yang diluluskan meningkat 30.37 peratus dengan 46,748 permohonan diluluskan pada suku ketiga 2013 berbanding 35,859 pada tempoh yang sama tahun lepas.

Shahril Ridza berkata pertumbuhan itu jelas menunjukkan semakin ramai ahli KWSP telah mengambil langkah berhemah dalam menguruskan simpanan persaraan mereka.

KWSP menggalakkan ahli mengeluarkan simpanan KWSP secara berperingkat berbanding secara sekali gus agar mereka dapat memanjangkan lagi tempoh simpanan semasa persaraan.

Pada September 2013, ahli KWSP berjumlah 13.81 juta di mana 6.46 juta merupakan ahli aktif yang terus mencarum untuk simpanan persaraan mereka. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment