Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 20, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) akan terus menganjurkan Cabaran Bijak Wang Sekolah PIDM dan meningkatkannya dengan lebih banyak kegiatan interaktif dan berkesan untuk menambah penyertaan pelajar.

Ketua Pegawai Kewangan/Pengurus Besar, Wan Ahmad Ikram Wan Ahmad Lotfi berkata tahun ini, cabaran sekolah itu menarik minat 1,500 pelajar berbanding 224 pada 2010, ketika ia baharu diperkenalkan.

“Sambutan yang positif itu dicapai setelah kami diberitahu apa yang pelajar dan sekolah perlukan,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pemenang pertandingan cabaran sekolah itu.

Dengan tema ‘Bijak Mengurus Wang’, cabaran itu memerlukan pelajar bergiat dalam kumpulan dan mencadangkan kegiatan jimat wang untuk sekolah dan masyarakat setempat.

Pemenang kali ini, SMK Tun Hussein Onn dari Pulau Pinang, membawa pulang hadiah bernilai RM15,000.

Wan Ahmad Ikram berkata kini muda-mudi lebih aktif melalui media sosial dan PIDM berusaha mendidik mereka dari segi perancangan kewangan menggunakan wadah itu.

“Dengan cara ini, kami berupaya mendampingi mereka dan pada masa yang sama menanamkan kesedaran dalam kalangan mereka di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment