Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment

PETALING JAYA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya memperkemaskan prosedur permohonan kad pengenalan bagi mengelakkan kesulitan dan ketirisan termasuk menafikan hak warganegara Malaysia.

Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa kelemahan itu telah menyulitkan warganegara Malaysia mendapatkan MyKad meskipun dokumen sijil kelahiran mengesahkan perkara tersebut.

"Kami minta JPN beri penjelasan mengapa berlaku percanggahan status kewarganegaraan antara sijil perakuan nikah Jabatan Agama Islam Melaka dengan carian sijil kelahiran JPN.

"Pemohon penduduk Sabah dan bapanya pernah memohon kad pengenalannya pada usianya 12 tahun namun sehingga kini JPN belum beri jawapan.

"Walaupun pemohon sudah kemukakan surat beranak yang sah beserta kad pengenalan ibu bapanya juga warganegara, namun JPN tidak mengiktiraf kewarganegaraannya dengan alasan tidak kemukakan saksi termasuk bapanya yang sudah meninggal dunia," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut aduan seorang mualaf dari Sabah mendakwa JPN tidak mengiktiraf kewargenaraanya sedangkan dua orang kakak kandungnya sudah pun memiliki MyKad.

Dalam kes berasingan, Nazree mendakwa rakyat sendiri dianaktirikan sedangkan pendatang asing yang masuk menggunakan visa sosial diberikan 'special pass' sebelum mendapat kad pengenalan Malaysia.

"Seorang warganegara India masuk ke Malaysia dengan visa sosial dan menetap sebagai pendatang haram, tetapi hairannya dia diberikan 'special pass' dalam tempoh dua minggu oleh Jabatan Imegresen, Wilayah Persekutuan.

"Kemudian dalam masa singkat 10 bulan dia mendapat kad pengenalan biru di Sabah sedangkan dalam pasport membuktikan dia warganegara India," dakwanya lagi. - SinarOnline

0 comments:

Post a Comment