Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment

JERMAN – Kebanyakan orang akan panik jika mendapati ada pijat yang hidup di dalam kaki. Namun berbeza dengan seorang pelajar Ph.D di Jerman, yang membiarkan serangga itu hidup di kakinya selama dua bulan.

Marlene Thielecke yang menuntut di Universiti Perubatan Charite berbuat demikian untuk membolehkannya membuat kajian.

Dia turut merekodkan video dan gambar pijat itu.

Tugas Thielecke di universit ialah menjalankan kajian untuk mengelak daripada`tungiasis’ iaitu sejenis penyakit kulit yang berpunca daripada pijat betina di Madagascar.

Pijat ini masuk ke dalam kulit dan menjadikannya sebagai perumah dan hidup serta menetas di dalamnya.
Serangga itu menyebabkan mangsa menggalami kesakitan dan gatal di bahgian yang berjangkit.

Satu-satunya cara untuk merawatnya ialah dengan mengeluarkan pijat berkenaan dari kulit.

Meskipun ada yang berpandangan kajian yang dijalankan oleh Thielecke ini sebagai menjijikkan kerana membiarkan pijat itu dalam kakinya, namun ia sebenarnya menentukan bahawa pijat turut mengawan ketika berada dalam perumahnya.

Disebabkan ia merupakan kali pertama Thielecke terkena pijat itu, maka badannya tidak sesuai untuk pijat itu membiak.

0 comments:

Post a Comment