Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment
KEMAMAN - Sekumpulan tiga lelaki bersenjatakan pisau pemotong daging dan parang menyamun sebuah kedai serbaneka di Geliga di sini awal hari ini.

Ketiga-tiga lelaki bertopeng itu memasuki kedai berkenaan pada pukul 3.45 pagi ketika dua pekerja, seorang lelaki dan seorang wanita, berada berhampiran kaunter kedai itu.

"Suspek mengacukan parang dan pisau pada leher mangsa dan meminta pekerja kedai itu memasukkan wang lebih RM2,000 dan rokok ke dalam beg sandang yang dibawa mereka," kata Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kumpulan lelaki terbabit turut mengambil sebuah mesin wang dan telefon bimbit sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan, dipercayai jenis Honda CRV.

Che Suza berkata berdasarkan loghat yang digunakan kumpulan lelaki terbabit, polis percaya mereka adalah penduduk tempatan dan berdasarkan keterangan dua pekerja kedai serbaneka itu, polis menganggarkan ketiga-tiga mereka berumur dalam lingkungan 23 hingga 25 tahun.

Beliau berkata polis kini melancarkan gerakan memburu ketiga-tiga lelaki terbabit dan akan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kedai sebaneka itu. - Bernama

0 comments:

Post a Comment