Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 20, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Usahawan rumpai laut dari Kunak, Sabah, Kabilah Hassan menerima Anugerah Ikon Digital Kuasa Transformasi Jalur Lebar 2013 oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

SKMM dalam satu kenyataan media memberitahu, anugerah berkenaan diberikan kepada Kabilah sebagai tanda pengiktirafan atas kejayaan beliau mentransformasikan perniagaan rumpai laut secara konvensionalnya kepada usaha niaga dalam talian dengan berkesan.

“Anugerah Ikon Digital 2013 itu disampaikan bersama oleh Setiausaha Agung ITU, Dr. Hamadoun Toure dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Bangkok semasa sesi Pengumuman dan Perkongsian Pemegang Berkepentingan Pelbagai Pihak di Sidang Kemuncak Connect Asia Pacific 2013 baru-baru ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, perniagaan rumpai laut secara dalam talian Kabilah berkembang pesat di serata dunia dengan kebanyakan pelanggannya dari China, Jepun, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Ahmad Shabery dalam kenyataan sama berkata, ITU kagum dengan kisah kejayaan Kabilah dan menjemput SKMM sebagai rakan kongsi untuk mendokumentasikan kejayaan hidup Kabilah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kejayaan Kabileh itu menunjukkan betapa perkhidmatan jalur lebar dan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.

0 comments:

Post a Comment