Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 20, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Selepas dikritik hebat oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berhubung kegagalan membantu usahawan Melayu semalam, Petronas hari ini mengeluarkan kenyataan mengenai pelantikan tiga vendor Bumiputera baru di bawah Program Pembangunan Vendor (VDP) sejak Mei lalu.

Petronas dalam satu kenyataan media memaklumkan, ketiga-tiga syarikat tersebut adalah Eastern Energy Services Sdn. Bhd., OMNI Oil Technologies (M) Sdn. Bhd. dan Petroclamp Sdn. Bhd. yang masing-masing telah dilantik pada Mei, September dan November lalu.

“Eastern Energy Services Sdn. Bhd. dilantik di bawah VDP untuk mengeluar, membekal dan menyelenggara injap angkat gas (gas lift valve) dan mandrel poket sisi (side pocket mandrel) yang digunakan dalam aktiviti-aktiviti penggerudian luar pesisir. Pelantikan ini membolehkan pembuatan peralatan yang biasanya diimport, dibuat dalam negara.

“OMNI Oil Technologies Sdn. Bhd. pula telah dilantik sebagai vendor untuk membuat dan membekal pemusat selongsong jenis carbon steel dan bow spring, sebuah peranti yang dipasang di selongsong telaga pada proses penggerudian dan penyimenan bagi melancarkan pergerakan bendalir serta memudahkan pengeluaran sisa penggerudian. Peranti tersebut ketika ini dibekalkan oleh syarikat luar negara.

“Petroclamp Sdn. Bhd. pula dianugerahkan skop kerja VDP bagi membuat dan membekal semua lapisan pelindung keluli untuk talian kawalan dan kabel-kabel bagi tiub saluran pengeluaran minyak dan gas,” kata kenyataan itu hari ini.

SiakapKeli semalam melaporkan MTEM mengkritik Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas kerana didakwa gagal memainkan peranan berkesan dalam memperkasakan usahawan Melayu.

MTEM dalam kenyataan itu semalam, perkara itu terbukti apabila rantaian kerja ‘Exploration & Production (E&P)’ skop untuk kerja-kerja `upstream’ seperti `Drilling & Completion’ dan `Seismic Monitoring’ Petronas dimonopoli syarikat asing.

MTEM turut mendakwa daripada 77 syarikat bertaraf VDP yang dilantik, kini cuma tinggal 11 sahaja berikutan pengurusan penghapusan program VDP yang kononnya terpaksa dilakukan akibat kegagalan beberapa syarikat serta aktiviti monopoli dan rasuah.

Sementara itu, Petronas dalam kenyataan sama hari ini menjelaskan, Matlamat utama VDP bertujuan melahirkan usahawan Bumiputera yang bingkas dan berdaya saing dalam industri pembuatan dan perkhidmatan teknikal teknologi menengah dan tinggi berkaitan industri minyak dan gas bagi mengurangkan pergantungan ke atas barangan import.

Jelas Petronas, Vendor VDP pertama Petronas dilantik pada tahun 1994 dan setakat ini, 79 syarikat telah dilantik sebagai vendor dan secara keseluruhannya mereka telah dianugerahkan kontrak bernilai lebih RM7.5 bilion.

0 comments:

Post a Comment