Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

KUALA TERENGGANU – Polis menahan seorang wanita warga Vietnam dipercayai keldai dadah yang cuba menyeludup 3.134 kilogram syabu bernilai RM600,000 di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata suspek itu ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di hadapan balai ketibaan domestik LTSM selepas melihat wanita berumur 31 tahun itu yang membawa beg pakaian dalam keadaan mencurigakan.

“Wanita itu menaiki penerbangan dari India dan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan perjalanan ke negeri ini bersama bagasi berisi dadah,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Katanya hasil pemeriksaan ke atas beg berkenaan, polis menemui ketulan kristal yang dipercayai dadah jenis syabu yang disorok dalam beg pakaiannya yang diubah suai.

Katanya modus operandi sindiket dadah ini menggunakan lapangan terbang kecil bagi menyeludup dadah ke negara ini bagi mengaburi pihak berkuasa selain mengelak pemeriksaan teliti di KLIA.

Berdasarkan butiran pasport wanita itu yang hanya tahu berbahasa Vietnam menunjukkan dia pertama kali datang ke Kuala Terengganu, kata Jamshah.

“Ini merupakan tangkapan dadah terbesar di Terengganu tahun ini dan kita tidak menolak kemungkinan sindiket ini akan sentiasa mencari peluang untuk membawa masuk dadah ke negara ini dengan melolosi kawalan di pintu masuk lapangan terbang,” katanya.

Jamshah berkata selain syabu, polis turut merampas mata wang Malaysia berjumlah RM6,000, India (3,250 Rupee), Thailand (200 Baht), Vietnam (290 Dong) dan US$400.
Suspek kini ditahan reman sehingga 15 Nov ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment